BUBUR JAGUNG DIET... NYAM NYAM!

No Comments »


Bangun tidur, sarapan sudah tersedia di atas meja. Teh tarik dan bungkusan nasi lemas elok terletak bersama beberapa ketul kuih.

Aku berpatah ke ruang tamu, mencari kelibat hubby.

"Makanlah, saya belikan awak  nasik lemak.Air pun ada atas meja tu," beritahu hubby sambil baca paper.

Aku tersengeh. Malunya... tiap-tiap pagi macam ni. Kalau emak mentua aku tahu, mampus!

Ala... aku bangun lewat, sebab tidur lewat malam tadi. Settlekan editing. Hari2 mcm ni... kalau tak ada editing, aku settlekan novel aku yang bertahun terbengkalai tu...

"Saya pergi kerja dulu," beritahu hubby sebelum melangkah keluar.

"Okey," kataku dan berlalu ke dapur.

Aku jengah singki. Kosong. Tepi dapur, tergeletak satu bungkusan plastik. Aku buka. Di dalamnya ada sayur campur dan beberapa tongkol jagung mentah. Wah! hubby ni macam tau2 aje yg aku teringin nak makan jagung.

Aku buka peti ais, ada ikan yang masih belum dibesiang. Huhuhu... macam nak menangis pun ada. Malasnya nak masak. Tapi kalau nak membeli, rasa tak logik pula. Malas betul aku ni...
Semalam dah gantung periuk, hari ni takkan nak gantung lagi. Perut aku okey la, perut si Naufal tu bukan boleh dikira sangat. Lapar memanjang... 
Aku buka mesin basuh, baju-baju yang sudah dibasuh malam tadi, masih belum berjemur. Baju-baju dalam bakul kotor membukit. Lemas. Hari-hari macam ni. Ohhhh... tak cukup tangan rasanya. Sakit kepala kejap.

Anak dara aku pagi-pagi lagi dah keluar ke majlis rakannya. Anak bujang pula pergi main bola. Tinggal aku dengan tiga lagi yang sedang leka bermain game.

Sebaik sahaja Khalisah balik, aku kerah dia hiris jagung untuk dibuat bubur. Hari ini menu aku
simple aje, sayur campur bersama ikan masak kicap. Nasib baik dia tak suruh aku masak kari ayam
macam selalu.

Bila anak bujangku balik, aku kerah dia ke kedai beli sagu, jagung tin dan susu cair. Menu untuk minum petang ini ialah bubur jagung.

"No santan okey, mama tengah diet sekarang ni."

"Okey," jawabnya tersengeh.

Siap aje masak aku bantai tidur semula. Alasannya nak bagi si bongsu tidur, alih2 dia ke mana dan
aku entah hanyut ke mana.

Melihat jam hampir ke angka 6, aku lekas2 mandi. Solat pun dah lewat. Apa nak jadi aku ni...

Aku dengar suara hubby di luar. Alamak! Dia dah balik? Minum petang sudah tersedia atas meja. Goreng pisang, apam balik dan seplastik duku langsat. Aduhaiii... dimalukan lagi hari ni. Kali ni apa lagi alasan aku... tertidur. Hehehehe... isteri bertuah betul la aku ni. Sian mak mentua aku kalau dia tahu menantu dia malas macam ni.



Hubby bawa anak-anak jalan2. Aku ambil angin petang sorang2. Aktiviti yang dah berbulan tidak pernah aku lakukan ialah berbual dengan jiran-jiran. (orang lain kerja gak, ada masa nak tanya khabar). Anti sosial betul la aku ni.

Sebaik azan aje aku masuk rumah. Atas meja ada bungkusan jagung rebus. Mak aiii... bubur jagung belum sempat dijamah, jagung rebus pulak. Siapa bagi ni?

Hubby kata, mak ngah (sepupu merangkap baby-sitter) aku bagi jagung. Ini si Qasyeh punya kerja la ni. Dia pandai2 menelefon, bercerita dengan mak ngahnya yang dia makan jagung. Tetapi alih2 mak ngahnya dengar, si Qasyeh nak makan jagung.

Sudahnya di rumah aku hari ni pesta jagung. Huhuhu... so malam ni semua orang mengadap TV dengan makan jagung. Nasib lah...







HIDUP INI SATU PILIHAN...

No Comments »


Bosan sangat. Sampai bila nak macam ni. Cita-cita tinggi melangit, tetapi semangat entah terbang ke mana, so angan-angan ajalah yg termampu.  
 Umur macam aku, patutnya dah bersara daripada dunia kerjaya. Dah berjaya genggam cita-cita, dah mengukir nama... tapi aku still di takuk lama. 
Huh! Kalau tak pecahkan ruyung, manakan dapat sagunya, Shida. Tapi aku? Ruyung pun aku tak kenal. So macam mana nak dapat sagunya.
Hah! Aku kena lawan! Lawan sampai menang.   

JOM JALAN2 CARI MAKAN

1 Comment »

Hari Rabu, lepas dateline, perut mesti berkeroncong habis. Hari Rabu, hari aku dan hubby berdating sampai lewat malam. Jalan2, makan2, sekitar Shah Alam. Ala... bukan selalu dapat macam ni. Sesekali nak manja2 selepas penat bekerja.
Setiap kali makan di food court belakang UNISEL, mesti saya terpandang signbord ini. MEE UDANG... mmm... mcm sedap. Nak cuba la... tapi waktu siang kedai ni tutup. So, bila siang aku dengan kekawan opis makan nasi kukus kat sini. Wajib... sebulan mesti dua tiga kali kami ke sini. Selain nasi kukusnya yg sedap, nasi Arabnya juga sedap. 
Hari tu, aku nekad nak makan di situ. Mahal pun mahal la (sesekali apa salahnya). Sampai di situ, oh penuh, tak ada tempat kosong. Pergi kedai sebelah...mmmm MEE KETAM... "Best jugak ni. Try nak yang," kataku pada hubby.
Bila hubby mengangguk, aku apa lagi, terus tarik tangan dia masuk. Kedai dia comel aje, meja2 dia pun comel jugak. Kat dinding kedai terlekat tentang catatan kejayaan kedai ni. Oh, dah terkenal rupa2nya. Hehehehe... aku je yg tak tau.

Pekerjanya semua budak2 muda. Seronok tengok. Nak berjaya tak semestinya kerja makan gaji mcm aku. Atas meja, elok terletak nasi lemak yg dah siap berbungkus. Mcm best aje, nak cubalah. Mmmm best.
Kami order Mee Kari Ketam Nipah satu, tapi ketamnya dua. Mcm biasa hubby tak nak makan. Dia selalu jd tukang kacau makanan aku. 
Ketam kena pilih dan timbang. Mak aiii... tak sabar rasanya nak makan. Harga aku tolak tepi.
15 minit makanan sampai, mak aiii... sedapnya. Hubby, dia yg mula2 rasa. Tengok, kata tak nak, tapi dia dulu yang makan.
Aku baca doa dan mmmm... best2 mmg best. Tp sbb mee kari bkn makanan kegemaran aku, so aku makan ketam ajelah dan hubby... hehehehe aku suruh dia makan mee..

BILA ANAK2 TAK SIHAT, ITU DUGAAN UNTUK AKU

Read more » | No Comments »

PENGASUH menelefon, si becok Teja sejak balik sekolah tadi muntah2. So dia tak nak bersekolah petang. Sekarang sedang menangis sebab sakit perut. Si Qasyeh juga sakit perut dan muntah-muntah. Aku di pejabat letih memikirkan apalah yang dimakan anak-anak malam tadi. Apakah penangan dokong dan mangga menyebabkan mereka sakit perut.

Telefon tiba-tiba berbunyi. Khalisyah minta dijemput. Sejak pagi lagi perutnya sudah pedih-pedih, adunya. Adoiii la... kenapa hari ni semua orang sakit perut. Aku? Perut aku ok aje sepanjang hari ni. Malam tadi kami makan benda yg sama. Tanya hubby, dia kata perutnya juga ok aje. Dua anak bujang aku juga ok.

Tiga2 hubby bawa ke klinik Mediveron di Bukit Raja. Sebaik urusan di klinik selesai, aku minta hubby jemput aku di pejabat. Aku minta balik awal. Risaukan anak sehingga tak ada tumpuan pada kerja. Harap2 malam ni semuanya ok. Esok aku perlu kerja. Dateline Rabu, tak terpulun kalau esok keadaan anak2 masih tidak ok.

Malam, aku pantau si Teja dan Qasyeh. Kesiannya, muntah berlambak2. Bagi air sirap, keluar air sirap. Bagi air kosong, keluar air kosong. Bagi Milo, keluar Milo... huhuhu macam mana nak bagi ubat kalau macam ni. Si Qasyeh nampak benar pasrahnya. Suruh makan ubat, lekas aje nganganya. Tak macam si kakak yang banyak kerenah. Nak tergelak pun ada, apabila segelas air garam habis dilanggahnya. 

"Ishhh... tak ada perasaan betul la adik ni," komen si Khalisyah.

Imad Naufal, seperti biasa, tidak terkesan dengan keadaan sekeliling. Dia leka dengan gamenya. Dalam hati aku selalu berdoa, semoga esok apabila dia sudah dewasa, dia akan berubah menjadi abang yang penyayang seperti Afi Syahmi. 

Tiba2 Qasyeh muntah lagi. Aku menjerit minta dibantu. Kali ini terkena atas baju yang masih belum sempat aku tukar. Panas muntahnya meresap ke kulit. Hehehehe... hidung aku mula kembang-kempis. Atas toto juga dipenuhi dengan muntah. Rambut, baju, juga seluar habis terkena muntah. Tiba2 wajah emak terlayar di ingatan. Macam ini agaknya dahulu susah payah arwah emak membesarkan kami lapan beradik. Aku senyum... dugaan kecil.
Selesai tukar baju si Qasyeh, aku mandi. Kemudian bentang tilam depan TV. Hubby aku kerah suruh masuk bilik. "Nak temankan tak?" soalnya prihatin. "Tak payah, esok kalau tak ok, terus ke Hospital Sri Kota," kataku membuat keputusan. Tenaganya aku perlukan untuk esok.

Semalaman tidur2 ayam. Sekejab, Nilam Nur Qasyeh muntah, sekejab2 Teja Wafiyyah pula. Ada ketikanya, dua2 berebutkan bekas muntah yang sama. Atiq Khalisyah, aku minta dia urus diri sendiri. 

"Mama boleh pengsan kalau kamu juga nakkan perhatian," kataku apabila dia minta disuapkan ubat.

Selang dua jam, kadang-kadang sejam, anak2 masih muntah. Ubat angin sudah aku beri, ubat tahan muntah juga. Sekarang, badan kedua-duanya pula panas. Hati mula dijentik rasa bimbang. Janganlah ada benda2 yang tak elok menimpa anak-anakku. Hati tidak henti2 berharap dan berdoa.

Sebelum baring, aku siapkan bubur nasi. Manalah tau kalau2 tengah malam nanti mereka lapar. Botol2 air meneral, air sirapair Milo, tisu, aku susun kemas di atas meja. Bubur nasi aku letakkan bersama kicap. Tuala kecil dan selimut aku letakkan di hujung kaki. Perlahan-lahan aku rebahkan badan. Terasa sakit pinggang. (Tahan Shida, hati mengingatkan).


CINTA BELAKANG RUMAH

No Comments »

BAB 1

"TINGGAL kat mana?" soal Zana bilamana diberitahu yang Naim juga dahulunya tinggal di Klang. Dadanya berdetak tidak enak. Janganlah mereka tinggal setaman, doanya dalam hati

"Kenapa, awak pernah tengok saya ke sebelum ni?" soal Naim sambil tersengeh. Wajah Zana yang putih bersih itu dipandang dengan pandangan nakal. Cantik... bisik hati kecilnya.

Zana tersenyum kecil. Dia tunduk seketika. Segan untuk berbalas pandang dengan jejaka berkumis nipis itu. Ah, apapun hati perempuannya sudah terdetik rasa kagum.

"Saya tinggal kat Kampung Jawa, bersekolah di Hishamuddin," beritahu Naim akhirnya. "Lagi, apa yang awak nak tau tentang saya?" soal Naim separuh mengusik.

Wajah Zana berubah. Dadanya berdebar. Kampung Jawa? Hishamuddin? Ohhhh... tidak!

"Kenapa? Muka saya sama dengan muka buah hati awak ke?" usik Naim nakal. "Kalau macam tu, untunglah awak," tambahnya, lagi mengusik.

"Apa yang untung?" soal Zana hairan.

"Yalah... dapat borfriend handsome macam saya," jawabnya memuji diri sendiri.

Zana tergelak kecil. Kata-kata Naim mencuit hatinya. Kelakar juga rupa-rupanya mamat ni. Tadi nampak macam sombong, senyum pun tak nak.

"Tak baik tau mengumpat, walau dalam hati," Naim serkap jarang.

Alamak! Macam mana dia tau aku tengah ngumpat dia? Zana tersengeh.

"Saya ni nampak aje sombong, tapi ramah kalau kena caranya," sambung Naim lagi sambil gelak kecil.

Aduh! Comelnya bila dia gelak, bisik Zana nakal. Matanya serasa tidak puas untuk merenung wajah bujur sireh pemuda di hadapannya ini. Tapi dia malu. Jangan maruah Zana, bisik hatinya mengingatkan.

Harum bau rumput yang baru dipotong dari padang sekolah benar-benar menyegarkan perasaan pasangan guru muda yang baru berkenalan itu. Bau enak yang dahulunya sering mereka hidu saat bergelar pelajar. Sekarang bau yang sama mereka nikmati saat bergelar guru pula.

"Kalau dahulu awak bersekolah di Hishammudin, saya pula bersekolah di sebelah Sekolah Hishammudin," terang Zana terus kepada pokok perbualan.

Dahi Naim berkerut.

"Awak belajar di sekolah budak-budak cerdik, mana nak kenal saya yang belajar di sekolah biasa," sambung Zana merendah diri. Dia senyum tatkala melihat Naim memandangnya dengan wajah kehairanan.

Naim diam berfikir. Cuba mengingati sekolah yang terletak tidak jauh dari sekolahnya. Dia ingat sakarang. Ya... sekolah yang sering dikatakan bermasalah. Antaranya masalah gengsterisme yang tidak pernah selesai sejak dahulu lagi.

"Tinggal kat mana?" soal Naim pula. Hatinya berdebar. Jangan-jangan tinggal setaman dengan aku, hatinya meneka.

"Bukit Jati... dekat dengan surau," jawab Zana satu satu.

"Bukit Jati?"

"Lorong 3B... awak?"

"Bukit jati, jugak... tapi Jalan 3A... depan surau," jawab Naim lambat-lambat.

Masing-masing mempemerkan riak terkejut. Wajah Zana nampak panik. Janganlah dia tinggal kat belakang rumah aku. Aduh! Malulah kalau macam ni...

"Rumah nombor berapa?" soal Naim tidak sabar. Hatinya mula berdebar-debar.

"31... awak?" soal Zana sedikit gelabah.

"18... selang tiga buah rumah dari lorong tengah," jawabnya cepat.

Zana menutup mulut. Mukanya rasa kebas seketika. Inikah Naim, nama yang dia sering dengar pada setiap subuh, lima tahun dahulu?

"Naimmm....!!! Berapa kali mama nak gerak hah! Bangun cepat, sebelum mama simbah kau dengan air!" jerit suara yang sehingga kini Zana tidak kenal siapa pemiliknya.

Dan jeritan itu akan didengar selang beberapa minit lagi kemudiannya sehinggalah budak lelaki yang bernama Naim menjawab dengan nada bersahaja.

"Malulah kalau awek belakang ni dengar mama jerit-jerit macam ni..."

"Hah, tau pun malu!"

Waktu tu, Zana dan Niza ketawa mengekek mendengar jawapan Naim itu.

"Hah, ketawa... esok-esok entah dia jadi laki kamu," marah emak.

Saat itu kami berdua ketawa galak macam perempuan gatal, seperti selalu kata emak.








NAFAS BARU...

No Comments »

Bermulanya di sini... bersama cetusan idea dan ilham, coretan pengalaman, perkongsian kasih sayang, luahan rasa dan perasaan, saya abadikan segalanya dalam nukilan indah lagi bermakna untuk tatapan semua.  Walaupun penulisan ini tidak sempurna, tetapi cinta kalian yang menatapnya telah melengkapkan ketidaksempurnaan itu. Terima kasih kepada yang sudi membaca...

Titanic cinta

No Comments »



Perempuan...

Kalau kau enggan menangis
Kenapa kata pisah yang kau pinta dariku
Kenapa tak kau mudahkan saja
Satukan hati kita yang parah berdarah...

Aku tak sanggup terima kekalahan
Jua tak mampu terima suratan
Bahawa hati dan cinta bukan milik kita
Juga bukan milik dia

Perempuan...
Kalau kejujuran bisa mengubah segalanya
Aku akan sejujurnya denganmu
Menolak hakikat
Cinta kita hanya sejarah
Yang hadir kerana salah faham
Sedangkan salah faham itu


 Masih mampu aku perbetulkan


Perempuan...

Apapun...
Kau yang ingin aku lepaskan

Tali kenangan itu

Hanyut dan tenggelam dalam
Kapal hatiku yang karam
Bersama sebuah Titanic cinta