Aduhaiii... hubby

Waktu di opis mlm2 mcm ni, jiwa sedikit kacau. Anak2 dan abahnya tak henti2 menelefon. Bukan tak tau mlm ni mlm dateline, tapi saje je buat aku tension (senyum... tau hubby rindukan aku, anak2 hanya dijadikan alasan). Hehehehe...

Kat opis, suasana masih panas, keje masih banyak yang tak selesai. Di luar, rakan2 dari news desk masih ramai yg belum balik. Kelihatan dua tiga org reporter sedang check assignment di white bord. Bahagian editing juga masih ada orang. Budak2 ni, mcm manalah nak kahwin kalau masa ni masih mengadap kerja.

Ya... itu kisah yang belum kahwin, aku ni yg dah berbelas tahun kahwin, kenapa masih di sini? Masih tekun mengadap kerja yang tak surut-surut. Aku tak ada jawapannya. Tapi yang nyata, aku suka dengan pilihan ini. Dunia ini yg aku pilih sejak dulu.

Hubby call lagi, kali ini adunya, Nilam Nur Qasyeh demam. Adoiii la... malam semalam kakaknya (Teja Wafiyyah) hari ni si adiknya pulak. Huhuhuu... tak tidur lagi la aku malam ni. Si Kecil Qasyeh kali ini entah apa pula ragamnya.

Aku dah terbayangkan keletihan yg bakal menyambut aku pulang. Hubby? Seperti biasa dia sentiasa tidur lena... ( tp tak merungut klu diminta tolong).

Aku sambung kerja. Suara teman2 di luar sudah tak kedengaran. Barangkali sudah pulang.

Lagi lagu 'Pergi' nyanyian Aizat berkumandang. Huhuhu... apa lagi sayang? Kali ni siapa pulak yang sakit? Dengan rasa geram aku tekan butang hijau. Heloooo... diam. Senyap. Dengar suara hubby... "cakap dengan mama, cakaplah cepat dengan mama."

Adussss... hubby, saya sibuk la. Boleh jangan ganggu tak? Namun ayat tu tak keluar, terkepong dalam hati. Sudahnya aku tekan punat off. Malas nak layan.

Pukul 10.30... masih ada page yang belum disiapkan. Mata dan memberat. Semalam dah la tak cukup rehat, hari ni pulak pukul berapa la dapat lelap? Biasanya hari datelina, aku sukar nak pejamkan mata, rasa berpinar dan kepala memberat. Orang kata itu tandanya otak penat.

Huhuhu... lagu 'Pergi' nyanyian Aizat berkumandang lagi. Siapa pulak kali ini. Ohhhh... nak apa lagi hubby ni. " Balik pukul berapa?" soalnya entah untuk kali yang ke berapa.

Dahiku berkerut. Laaa... tadikan dah cakap. Aduhaiiii... sabar ajelah. "Sayang, awak datang ajelah sekarang..." jawabku lambat2. Selebihnya malas biarkan dia ganggu aku lagi. Mood tgh 2 malam mcm ni, bukannya ok sgt.

Paper dah hampir siap. Tinggal touch-up sikit aje lagi. Alhamdulillah malam ini Allah permudahkan segala urusan. PDF aku baca mengikut urutan. Huhuhuuuu... masih ada pembetulan. Mcm manalah boleh tak perasan! Benda2 mcm nilah yang kadang2 buat aku kesal. Kurang tumpuan atau memang tak perasan?


Huhuhu... lagu 'Pergi' nyanyian Aizat berkumandang sekali lagi. Aku tersenyum sakan. Dah tak tau nak diapakan. Hubby, hubby... cepatlah pulak dia sampai. Terbangkah dia?

"Saya dah sampai ni," katanya riang. Aku memandang jam, pukul 10.45 malam.

Aduhaiii... beginilah episodnya bila tiba malam dateline. Hubby dan anak2 tak henti2 buat panggilan. Beginilah keadaannya bila dah tua2, ibu masih kejar kerjaya. Dan aku percaya, ibu2 di luar sana juga tentu nasibnya seperti aku juga. Diganggu anak2 dan suami yang tidak henti2 minta perhatian dan kasih sayang.

This entry was posted on Thursday, 28 July 2011. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

Leave a Reply