Hati-hati dengan reunion...


Baru selesai menghadiri perjumpaan bersama rakan2 suami. Meriah dan santai. Suami nampak seronok dan teruja... yalah bertemu rakan2 lama. Nyatanya itu bukan pertemuan pertama. Sekadar susulan daripada pertemuan yang sudah2. Yang tidak ditemani isteri... gelak tawanya pastinya lain sekali. Aduhaiii... lelaki bila isteri tidak di sisi, seronoknya tentunya lebih daripada biasa.

Uiss! Terpikir, seronoknya jika isteri berpeluang macam mereka. Bergelak ketawa seperti zaman muda-muda, bergosip dan bercerita. Meleret2 tentang kisah rumah tangga. Ya, saya teringin ke zaman itu... namun tidak berpeluang. Terkepong dengan kesibukan dan halangan2 yang meremehkan. Selebihnya... saya akui, saya sendiri tidak bersungguh2 untuk join sama. Dunia saya hanya suami, keluarga dan kerjaya...

Alasan saya hanya satu, masa saya cukup sedikit untuk bersama keluarga. Dan dengan masa yang sedikit itu, tidak adil rasanya untuk saya kongsikan bersama orang lain...

Pertemuan dgn rakan2 lama bagus sebenar, selain menjejaki memori silam, dapat juga mengenang kembali kenakalan2 zaman persekolahan yang mengusik perasaan.

Tetapi ada juga yang tak bagusnya... bila tiba2 cinta berputik kembali. Memori indah menjadi ilusi ngeri. Ya, bila kita gagal meletakan perasaan dan persahabatan atas laluan yang betul. Maka jejak kasih di FB pun bermula... huhuhuhu... itulah yang terjadi pada sorang rakan, bila tiba2 FB nya tidak lagi diaktifkan (selepas isteri mengamuk sakan). Semuanya kerana, bila dalam hati ada taman...

This entry was posted on Sunday 24 July 2011. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

Leave a Reply