Jika ini penawarnya...

Sudah beberapa hari rasa tak sedap badan. Rasa nak pitam. Rasa nak muntah-muntah (bukan pregnant ok). Ohhh... belum selesai bab tak sedap badan, gigi plak meragam. Belubang? Bukan, bengkak gusi... nak tumbuh gigi baru agaknya. Uishhh... dah tua2 gigi baru datang dari mana plak! Huhuhu... time keje byk ni la, dia plak buat hal.


Tiba2 mendapat panggilan telefon, Teja semput dan demam. Pam yang biasa digunakan 'tak jalan'. Ya... seperti biasa, dia perlukan oksigen. Klinik atau hospital?


Huh, hilang terus sakit gigi dan sakit badan. Yang timbul rasa gusar dan bimbang. Terbayang si nakal Teja yang tercungap-cungap bernafas. Ombak dadanya harap ada surutnya. Aku tahu dia anak kuat.
Doaku tidak putus2 sambil meneruskan editing yang sesekejap tergendala. Jam di tangan terasa lambat benar putarnya. Beginilah bila resah bercambah. Atau barangkali, inilah fitrah seorang ibu. Aduhai hati, bersabarlah...

Cadangan utk balik lambat terbatal. Meja boss kulirik kosong. Simpati menggunung. Ya... dugaan Allah utk aku dan dia barangkali. Bukan pinta siapa-siapa.

Selesai solat Maghrib, aku dan suami bergegas ke klinik, cadangan awal utk ke hospital terbatal. Si Teja macam biasa, masih dengan celotehnya yang memeningkan kepala. Walaupun pernafasannya nampak ketat, namun semangat bercerita tetap berkobar2... sehinggalah terpaksa aku stopkan dengan topeng gas akhirnya.

Doktor ketawa besar melihat kami. Muka 'biasa' ini sudah lali padanya. "Mama pasang aircond, ya?" tuduhnya seperti selalu. Aku tersipu. Teja ketawa. Huhuhuhu... kantoi lagi kami. "Saya tak ada aircond, tak ada kipas, pun boleh tidur doktor. Dia orang ni..." kata suami cuba melepaskan diri. Cis! Memang nak kena dia ni!

Alang2, saya turut membuat pemeriksaan tahap gula dan tekanan darah. Huhuhu... tekanan darah masih terkawal, ttp.... kandungan gula saya tinggi. Mak aiii... saya perlu jaga makan. Kurangkan nasi dan benda2 manis. Isyyy... kalau macam tu baik saya berpuasa aje.

Menunggu giliran ubat, kelihatan berpusu2 org masuk ke klinik. Nasib baik kami tidak perlu tunggu giliran. Huh! Kalau tidak, makin sakitlah gigi aku dibuatnya...

Aku memaniskan diri tatkala duduk antara dua orang wanita yang berbeza usia. Yang muda mengepit anak kecil sekitar 3 bulan, yang tua (pangkat kakak) mengepit beg tangan, cantik dan berpenampilan.

Wanita itu tiba-tiba bertanyakan Si Teja yang nampak pucat. Jawapan yang aku beri, tentunya berbaur gundah. Kalau dulu sebulan sekali, kini hari-hari penyakinya menyerang. Ke sekolah juga sudah mula jarang2.

Tiba2 wanita itu tergesa2 menalefon seseorang. Meminta aku tunggu untuk diberikannya sesuatu. Aku kehairanan. Bila aku tanyakan sesuatu yang dimaksudkan. Katanya ubat penyakit lelah yang dia beli di Mekah. Kiriman orang, sengaja dibeli berlebihan. Aku bersyukur dalam diam...

Seketika orang yang ditunggu2 sampai. Wanita yg memperkenalkan dirinya sebagai Akak Ruby, menyerahkan barang yang dimaksudkan. "Semoga ada jodoh dan cepat sembuh," katanya lembut.

'Hati Unta', tertera perkataan itu pada plastik kecil yang kini bertukar tangan. "Masakkan bersama bubur nasi," katanya lagi tatkala melihat wajahku ragu-ragu.


"Terima kasih Kak Ruby... ya, moga anak saya sihat dengan berkat pemberian akak ini," ucapku penuh syukur. Sebelum berlalu, tubuhnya kudakap erat. Dalam dia aku  berterima kasih kerana Allah temukan aku dengannya. Di kalangan orang ramai yang bukan saudara-mara. Ya, tiba-tiba  Tuhan munculkan insan yanag baik hatinya...

Sepanjang perjalanan pulang… hatiku tertanya2, akan berakhirkan penderitaan puteriku ini. Jawab hati… penawarnya akan ada, cuma kita perlu bersabar untuk memperolehinya. Dan apakah hari ini telah aku temui penawarnya?

This entry was posted on Tuesday 26 July 2011. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

Leave a Reply