Mr J yang aku kenal...

Sudah hampir setahun aku di sini. Sekali lagi rombakan pentadbiran dibuat. Ia bukan suatu yang asing, masuk kali ini, sudah empat kali aku bertukar jabatan. Kini aku kembali ke tempat asal.


Semua perubahan, aku terima dgn hati terbuka. Dicampak ke bahagian mana pun aku selesa. Rakan2 menjadi adik2 yang aku sayang, sahabat yang akrab. Ketua, menjadi tempat untuk aku berikan pendapat. Apa yg penting, kerja aku akan menyenangkan semua orang.

Semalam ada mesyuarat tergempar. Ya, khabar2 angin yang bertiup kencang, hari ini akan dihentikan. Sah! Mr J letak jawatan. Pengakuan dari empunya diri. Tak perlu pertikai. Tak perlu digembar-gemburkan lagi.

Bohonglah kalau hati ini tidak sayu. Tipulah kalau aku kata aku tak kisah dia pergi. Juring mata aku basah. Tapi orang sekeliling tak perlu tahu... apapun sepanjang mengenalinya, aku cukup kagum dengan hasil tulisan lelaki berperwatakan sederhana itu. Bukan kerana dia pernah menjadi bos aku, tetapi kerana apabila bangsa asing mampu menulis dengan bagus, mengalahkan bangsa aku sendiri, aku tahu kemampuan bangsaku diuji.

Dalam bilik meeting, di suatu penjuru, ada mata-mata sayu (ada sesetengahnya nampak bengkak) berdiri tidak jauh dari Mr J. Aku tahu, butiran air mata mereka telah pecah awal2 pagi lagi. Aku tau mereka gundah.  Memang patut pun, kerana kenangan mereka bersama Mr J terakam lama. Perlahan-lahan hati mereka aku baca satu per satu. Ya... rekah yang ditahan, kini telah terbelah. 

Wajah Mr J aku pandang berani. Untuk aku simpan buat esok, lusa, selebihnya untuk aku rakam kenangan pada hari terakhirnya. Kerana wajah lelaki yang berhidung mancung itu tidak mungkin aku tatap lagi.


Ya, wajah sayu lelaki itu gagal bersembunyi. Lelaki, walau segagah manapun dia, jika dibawa bicara soal hati, ego akan jatuh bergelimpangan dan bersipongan lari.

Diam2, aku cuba hitung kenangan yang begitu sedikit dengannya. Sedikit tetapi berkesan hingga hari ini. Ingat, begitu ingat sekali... dimarahi tanpa ada sedikit pembelaan. Semuanya gara2 kesilapan orang lain yang tergalas di bahu. Aku bukan manusia yang suka membuka pekong orang lain bagi menyelamatkan diri. Tetapi aku juga tidak suka dimarah begitu. Dan itu bukanlah teguran pertama yang aku terima.

Berbincang bersama dua tiga orang rakan, aku memberi peluang sebulan untuk membetulkan keadaan. Jika perkara yg sama berulang, aku akan letak jawatan. Titik. Ramai yang tidak berpuas hati dengan cara aku mempertahankan diri. Berterus terang dengan Mr J, itu bermakna aku bakal tabur pasir ke periuk nasi orang. Aku tidak ada pilihan. Tetapi aku percaya, kebenaran akan datang perlahan-lahan.

Aku dimarahi lagi. Tempoh sebulan telah berkurang. Barangkali rezeki aku bukan di sini. Nekad menjadi bulat... suara hati agar bersabar, sudah tidak boleh dijadikan pelampung penyelamat. Namun tidak sampai beberapa minit kemudian, Mr J panggil lagi.

"Apa lagi ni?" bentak aku dalam hati.

Mr J mengarahkan aku tutup pintu. Wah, kali ini marahnya tentu lebih hebat. Aduhaiii... pelampung penyelamat aku perlahan2 pecah dan tenggelam entah ke mana. Aku jeling teman di sebelah yang berwajah ketat. Aku cuba baca hatinya. Gagal.
 
Mr J mengarahkan aku duduk. Wah! Kalau tadi dimarahi dalam keadaan berdiri, pedihnya menyula hingga ke dasar hati. Kali ini marahnya tentu lama. Perlahan2 aku tarik nafas dalam-dalam. Namun terasa tidak lancar ketika melepaskannya.

"I'm sorry, Shida...blah blah blah..." (hehehe... engkau org tak perlu tau apa yg MR J perkatakan).

Wajah teman di sebelah aku lirik tajam. Aku tahu, dia yang pecah lobang. Aku tahu, kalau tunggu aku berterus terang, alamatnya hujung bulan ini wajah aku akan lenyap dari situ. TQ Allah... kerana Engkau telah permudahkan segala urusan.

Selepas itu, aku nampak keprihatinannya pada kerja2 yang aku lakukan. Menjaga online Selangorkini tanpa ada bantuan atau pengganti kala cuti, malah masih perlu selesaikan kerja2 surat khabar, menuntut bukan sedikit kesabaran. Teguran2 kurang senangnya, bila tatkala cuti, aku masih menaikkan story, juga aku akui cukup membuat aku rasa diterima. Malah mencarikan pembantu bagi meringankan beban, itu satu keselesaan yang cukup aku rasakan.

Hari ini, Mr J sudah tiada lagi di kerusi itu. Entah siapa yg bakal mengisinya, aku tidak tahu. Namun seperti selalu, aku terima dengan hati terbuka. Pada aku perubahan ada baik dan buruknya. Seperti diri kita juga, ada kelemahan-kelemahan yang perlu kita isi bersama2 orang lain yang barangkali punya kelebihan. Bukankah hidup ini saling lengkap-melengkapi. Dan selagi kita dinamakan manusia, kekurangan dan kelemahan adalah salah satu daripada sifat kita.

Juga pada sahabat2 yg berada di atas, ingin aku berpesan, jangan sesekali buli orang2 di bawah. Beri tunjuk ajar, beri ruang dan peluang utk mereka tunjukan  kebolehan. Usah dibebani mereka dengan tekanan hanya kerana kita mahu mereka rasai apa yg telah dan pernah kita lalui.


Percaya pada kata2 ini, apabila kita suka memudahkan urusan org lain, Tuhan akan permudahkan segala urusan kita. Tuhan akan sayang kita. Tuhan akan dengar doa2 kita... selagi kita tidak ingkar dan patuh pada larangan-Nya.

This entry was posted on Saturday 30 July 2011. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

Leave a Reply