Pagi Jumaat Yang Indah


Aku enggan layan cerita2 semln yg suram. Aku enggan toleh lagi. Aku tak mahu bersedih. Aku ingin hadap hari ini dan esok yg masih blm pasti dengan rasa kasih dan sayang. Biar kenangan semalam berbunga di ranting usia. Bersyukur, itu yg terbaik perlu aku lakukan. Allah lebih mengetahui susun aturnya.

Pagi Jumaat yg indah, ingin aku mulakan dengan keinsafan. Insaf krn Allah masih sayangkan aku dan hubby. Menjadikan rumah tangga kami bahagia walau sesekali dirempuh duka. Ya... kekurangan ini akan kami lengkapi dengan kasih sayang. Cinta ini akan kami pupuk bersama anak2 yg baik.

Melihat rakan2 bersengketa, hati berkata2, alhamdulillah... bahagia ini masih diciptakan utk kami berdua. Tuhan masih ingin lihat kami bahagia kiranya. Tuhan masih pelihara kata2 dan tingkah, agar ia nampak indah. Tuhan masih sudi beri peluang dan ruang utk kami berubah... Elak hati kami gundah...

Hari2 aku cuba utk mencari bahagia, elak sengketa. Begitu juga dia. Pelbagai cara kami guna utk meraih kasih sayang. Ego ini aku letak di hujung kaki, kalau perlu tendang, aku tendang. Kalau perlu kuis aku kuis ke tepi. Tapi apa yg pasti aku ingin kasihnya. Aku ingin nama aku abadi di hatinya.

Setiap saat aku fikir tentang cinta kami. Aku tak nak sesat dalam jalan yg tenang. Biarlah bahagia ini noktahnya hanya kematian... hidup tanpa cinta dan kasihnya, tak dapat aku gambarkan dengan kata2.

Tuhan, izinkan aku untuk terus mengucup tangannya, tiap kali sebelum lena. Tanpa ada rasa curiga dan takut, andai suatu hari nanti, kalau2 kasihku dibawa pergi...

This entry was posted on Friday, 29 July 2011. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

Leave a Reply