Terima kasih Tuhan...

Mendapat panggilan telefon pagi2 Ahad daripada abang, hati rasa suka. Lama tak jumpa. Rindunya. Malu pun ada. Abang datang menjengok adik bongsunya. Hehehehe... nasib baik abang faham dengan kerjaya aku yang tak kira masa.

Terfikir2 nak masak apa ya? Tetapi menu tetap pastinya cucur udang yang menjadi kegemaran abang. Anak2 minta aku buat nasi ayam, dengan menjadikan alasan, wak dah lama tak makan nasi ayam. Hehehe... mereka cuba ambil kesempatan sebenarnya.

Oklah, nasi ayam saya siapkan. Abang sampai, ayam sedang meresik dalam kuali. Huhuhu... pandai saya bajet masa. Anak2 nampak suka. Ya, itu yang sering aku beratkan, merai tetamu yang datang. Jika kita ikhlas, beribu2 malaikat turut bertandang.


Diam2 juring mata aku basah. Alhamdulillah... abang dah sihat nampaknya. Seronok. Doa tidak putus2 drp saya Tuhan makbulkan juga.

Abang, terima kasih atas kunjungan tadi. Segala kasih sayang abang dan anak2, kami hargai dan sanjung tinggi. Terima kasih juga atas buah tangan yang sedap2. Cenderahati Sarawak juga telah selamat kami 'selesaikan'.

Dan yang paling lucunya, Si Nakal Naufal masih tak henti2 membelek jam tangan yang melilit pergelangan tangan. Suka sungguh dia!

This entry was posted on Sunday, 24 July 2011. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

Leave a Reply