BUBUR JAGUNG DIET... NYAM NYAM!


Bangun tidur, sarapan sudah tersedia di atas meja. Teh tarik dan bungkusan nasi lemas elok terletak bersama beberapa ketul kuih.

Aku berpatah ke ruang tamu, mencari kelibat hubby.

"Makanlah, saya belikan awak  nasik lemak.Air pun ada atas meja tu," beritahu hubby sambil baca paper.

Aku tersengeh. Malunya... tiap-tiap pagi macam ni. Kalau emak mentua aku tahu, mampus!

Ala... aku bangun lewat, sebab tidur lewat malam tadi. Settlekan editing. Hari2 mcm ni... kalau tak ada editing, aku settlekan novel aku yang bertahun terbengkalai tu...

"Saya pergi kerja dulu," beritahu hubby sebelum melangkah keluar.

"Okey," kataku dan berlalu ke dapur.

Aku jengah singki. Kosong. Tepi dapur, tergeletak satu bungkusan plastik. Aku buka. Di dalamnya ada sayur campur dan beberapa tongkol jagung mentah. Wah! hubby ni macam tau2 aje yg aku teringin nak makan jagung.

Aku buka peti ais, ada ikan yang masih belum dibesiang. Huhuhu... macam nak menangis pun ada. Malasnya nak masak. Tapi kalau nak membeli, rasa tak logik pula. Malas betul aku ni...
Semalam dah gantung periuk, hari ni takkan nak gantung lagi. Perut aku okey la, perut si Naufal tu bukan boleh dikira sangat. Lapar memanjang... 
Aku buka mesin basuh, baju-baju yang sudah dibasuh malam tadi, masih belum berjemur. Baju-baju dalam bakul kotor membukit. Lemas. Hari-hari macam ni. Ohhhh... tak cukup tangan rasanya. Sakit kepala kejap.

Anak dara aku pagi-pagi lagi dah keluar ke majlis rakannya. Anak bujang pula pergi main bola. Tinggal aku dengan tiga lagi yang sedang leka bermain game.

Sebaik sahaja Khalisah balik, aku kerah dia hiris jagung untuk dibuat bubur. Hari ini menu aku
simple aje, sayur campur bersama ikan masak kicap. Nasib baik dia tak suruh aku masak kari ayam
macam selalu.

Bila anak bujangku balik, aku kerah dia ke kedai beli sagu, jagung tin dan susu cair. Menu untuk minum petang ini ialah bubur jagung.

"No santan okey, mama tengah diet sekarang ni."

"Okey," jawabnya tersengeh.

Siap aje masak aku bantai tidur semula. Alasannya nak bagi si bongsu tidur, alih2 dia ke mana dan
aku entah hanyut ke mana.

Melihat jam hampir ke angka 6, aku lekas2 mandi. Solat pun dah lewat. Apa nak jadi aku ni...

Aku dengar suara hubby di luar. Alamak! Dia dah balik? Minum petang sudah tersedia atas meja. Goreng pisang, apam balik dan seplastik duku langsat. Aduhaiii... dimalukan lagi hari ni. Kali ni apa lagi alasan aku... tertidur. Hehehehe... isteri bertuah betul la aku ni. Sian mak mentua aku kalau dia tahu menantu dia malas macam ni.



Hubby bawa anak-anak jalan2. Aku ambil angin petang sorang2. Aktiviti yang dah berbulan tidak pernah aku lakukan ialah berbual dengan jiran-jiran. (orang lain kerja gak, ada masa nak tanya khabar). Anti sosial betul la aku ni.

Sebaik azan aje aku masuk rumah. Atas meja ada bungkusan jagung rebus. Mak aiii... bubur jagung belum sempat dijamah, jagung rebus pulak. Siapa bagi ni?

Hubby kata, mak ngah (sepupu merangkap baby-sitter) aku bagi jagung. Ini si Qasyeh punya kerja la ni. Dia pandai2 menelefon, bercerita dengan mak ngahnya yang dia makan jagung. Tetapi alih2 mak ngahnya dengar, si Qasyeh nak makan jagung.

Sudahnya di rumah aku hari ni pesta jagung. Huhuhu... so malam ni semua orang mengadap TV dengan makan jagung. Nasib lah...







This entry was posted on Sunday 7 October 2012. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

Leave a Reply