Kehilangan

Aku tidak tahu dari sudut mana ingin bercerita tentang diri Allahyarhamah Liana Afiera Malik @ Juliana Sukmawati. Seorang penulis berbakat. Seorang rakan yang peramah dan riang. Seorang adik yang prihatin dan penyayang. Kenangan bersama Allahyarhamah banyak. Memang terlalu banyak. Sehingga tidak tahu yang mana satu ingin aku kongsikan.

Bekerja dalam satu jabatan dengan Allahyarhamah selama beberapa tahun (sebelum beliau mengambil keputusan berhenti kerana ingin menjadi penulis sepenuh masa), bohonglah kalau aku kata, kehilangannya tidak terkesan. Sedih itu sukar untuk digambarkan. Kalau dulu wajahnya sesekali muncul di ingatan, tetapi tidak selepas kehilangannya.

Rasa bersalah, berdosa, terkilan dan walang... kerapkali mencuri tumpuan. Betullah kata orang, kita hanya menghargai setelah dia pergi. Lalu perlahan-lahan aku jejak kenangan semalam. Aku cari erti sebuah persahabatan yang sebelum ini perlahan-lahan terhakis hilang.
Sedihnya, kenapa semua rasa itu lambat hadirnya. Bukan pada saat dia kesusahan, saat dia menderita menanggung penyakitnya. Kenapa tidak ada sesiapa pun yang sudi memberitahu, di mana dia berada saat geringnya. Waima tempat tinggalnya juga gagalku kesan...

Dari cahayamata pertama hingga ketiga, aku tak pernah sekalipun menatap wajahnya, apatah lagi wajah putera-puterinya. Walau sesekali ada dia menitipkan salam melalui teman2, namun kisahnya hanya berakhir di situ. Semua serba buntu bila bicarakan perihal dirinya. Aduhaiii... dia betul2 bersembunyi daripada kami (aku dan teman2 menyimpulkan: ada yang sesuatu yang ingin dia rahsiakan).   

Apapun, Allahyarhamah insan berbakat. Pencetus idea anak-anak muda untuk menjadikan dirinya idola mereka. Yalah... sewaktu remaja lain sebuk menghabiskan waktu dengan berpeleseran, dia leka mengadap komputer bagi menterjemahkan idea-idea. Malah dia antara pengutip royalti tertinggi, bagi penulis-penulis novel di syarikat CESB.

Ya... kala itu, nama dan bakatnya meniti seiring. Peminatnya merata usia dan tak nampak asing (dia melayan peminatnya seperti keluarga). Malah kala Pesta Buku berlangsung, orang berbaris untuk mendapatkan tanda tangannya. Kala itu aku lihat dia disanjung. Aku suka melihatnya kala itu. Tidak menang tangan untuk melayani semua orang. Ketika itu FB belum ada lagi (aku bayangkan jika dia pada waktu sekarang).

Memang aku suka melihat kejayaan orang. Kerana pada aku, kejayaan hanya terbentuk melalui displin yang tinggi. Untuk menjadi penulis terkenal sepertinya, disiplin itulah halangan utamanya (macam aku yang sampai hari ini masih gagal menyudahkan skrip yang hampir sempurna).

Walaupun novel2 remajanya 'tidak ngam' untuk aku yang barangkali cepat merasa tua, tetapi tidak untuk mereka di luar sana. Di pejabat aku sekarang saja, rata2 adalah peminatnya. Rata2nya memiliki hasil tulisannya.

Sedihnya, kini Liana Afiera Malik telah tiada. Telah pergi bersama2 idea dan semangatnya. Meninggalkan misteri2 pada kami yang masih cuba mengesan kehilangannya selama ini.

Pada Allah aku bermohon, kiranya kau ampunkan dosa2ku padanya, jika ada prasangka, waima pertuturan yang menyentuh perasaan, atau khilafnya aku sebagai kawan dalam mentafsir kehilangannya, sebelum dia benar2 hilang dari pandangan kami semua. Sesaat aku tidak henti berdoa dan berharap, moga Allah tempatkan dia dalam kalangan orang2 yang beriman dan beramal. Moga dia tenang mengadap Penciptanya.

Selebihnya, aku lebih memikirkan, anak2 yang ditinggalkan. Aduhaiii... sesungguhnya perancangan Tuhan lebih luas daripada apa yang kita fikirkan.

Amin ya Rabbulalamin...


* Berita yang baru aku terima, Allahyarhamah meninggal dunia kerana jatuh dalam bilik air dan berlaku pendarahan di kepala, bukan kerana penyakit2 yang dideritainya.

This entry was posted on Tuesday 2 August 2011. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

2 Responses to “Kehilangan”

  1. Kak, kadang2 apabila sesuatu itu hilang, barulah kita faham. Kerana kematian adalah suatu titik yg memudahkan kita memahami sebahagian daripada perjalanan jiwa manusia. Selebihnya, hanya Dia yg tahu.....

    Umpama pena yg sedang menulis satu ayat. Apabila tiba di titik nokhtah, baru kita faham sebahagian daripada apa yg tersirat di dalam ayat itu.

    ReplyDelete
  2. Delhi Escorts We provide Call Girl service by Independent College Girls, Models with a genuine photos & profiles. To book Call Girls In Delhi contact +91-9999965857.visit my blog:-
    Dasna Escorts &&
    Faridabad Escorts &&
    Ashok Nagar Escorts &&
    Ashok Vihar Escorts &&
    Chanakyapuri Escorts &&
    Chandni Chowk Escorts &&
    Chattarpur Escorts &&
    Cr Park Escorts &&

    ReplyDelete